Monday 21 May 2012

59 hari lagi

0

Tahukah anda pada MALAM INI (Isnin 21 Mei 2012)..

Adalah malam 1 Rejab.. 
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. 
Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.
Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. 
Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaALLAH..

DAN



pejam celik.. pejam celik... Kita semakin hampir dengan 
bulan ramadhan
 apa yang aku harapkan dengan kedatangan ramadhan kali ini 
lebih baik dari yang sebelumnya
 Dan aku harapkan jua dengan ramadhan kali ini dapat ubah diri aku..... insyaALLAH

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama islam), dan janganlah kamu bercerai berai, 
dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), 
lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), 
maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. 
Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), 
lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya,
 supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Aali Imraan (3) : 103)


p/s terlalu banyak harapan dan doa aku…aku manusia biasa ..Tak lepas dari buat kesilapan. 






No Response to "59 hari lagi"

Post a Comment

Komen la ye.. 1 huruf pon jdik la ekekekekeke