Wednesday 19 September 2012

Kenapa Tayar Motor Bahagian Belakang Kerap Bocor

3
kenapa pula tiba2 ak buat entry pasal tayar ni.. Pasalnye ak da naik hairan dan pelik...
tayar motor ak (oppss motor ayah ak sbnarnye) kerap sgt bocor dibahagian belakang..
nak kate ak bwk beban yg berat kat blakang takde la berat mane...
sebelum ni ok je... kehulur kehilir ak bwk org... Elok je tayar tu...
tetapi semenjak 2 menjak ni je yg tayar tu nak buat pasal...
agak2 korang la kan.. kenapa ek tayar tu....
-THINK-


dan setelah ak membuat sedikit kajian bersama Dr google... 
dan berikut adalah sebab2 kenapa tayar kerap pancit/atau bocor...

Tayar adalah komponen yang paling penting bagi sesebuah kenderaan. Jika ia rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan sekaligus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Tayar juga adalah satu-satunya komponen kenderaan yang mencecah permukaan jalan.



Pernahkah anda mengalami situasi di mana tayar pancit secara tiba-tiba ketika anda sedang menunggang motorsikal?

Jika pernah, apa yang anda lakukan ketika itu & apakah nasib anda ketika itu samada terjatuh atau anda dapat mengawal motorsikal anda daripada jatuh?

Berikut adalah tips-tips yang ingin dikongsi jika anda berhadapan dengan situasi tersebut ;

Terdapat 2 situasi tayar pancit

1.Tayar pancit dengan amaran

Situasi dimana angin dari tayar keluar secara perlahan-lahan dan anda boleh perasaan perubahan tersebut terutama sekali ketika anda sedang membelok. Motor akan terasa berat dan berada dalam keadaan tidak stabil dan terhoyong-hayang. Ini mungkin kerana terdapat bocor yang kecil pada bahagian tayar akibat tercucuk benda-benda tajam seperti paku, pin, batu & sebagainya yang menyebabkan angin keluar daripada tayar sedikit demi sedikit.

2.Tayar pancit tanpa amaran

Situasi dimana angin dalam tayar keluar secara pantas dan mengejut tanpa memberi anda sebarang tanda atau amaran. Ini mungkin akibat kerana tayar motor tersebut terkena benda tajam dan mengalami bocor yang besar seterusnya menyebabkan tayar kempis secara tiba-tiba. Situasi ini biasanya susah untuk dikawal kerana angin dalam tayar keluar secara total.

Apa yang perlu anda buat?

Jika tayar belakang pancit

Cuba untuk perlahankan motorsikal anda. Jangan brek secara tiba-tiba. Kawal motor anda sebaik mungkin agar tidak terbabas ketengah jalan. Jangan panik tumpukan perhatian untuk memberhentikan motorsikal anda dengan selamat supaya tidak terjatuh. Biasanya situasi ini lebih senang dikawal kerana anda masih boleh mengawal keseimbangan handle motorsikal.

Jika tayar hadapan pancit

Situasi ini lebih berbahaya kerana ia susah untuk dikawal. Anda akan hilang kawalan terhadap motorsikal kerana handle tidak berfungsi seperti biasa. Jika tayar hadapan motorsikal yang pancit secara tiba-tiba, anda hanya ada masa lebih kurang 5 saat untuk mengawal motorsikal anda. Situasi 50-50 berlaku samada anda dapat mengawalnya dari terjatuh ataupun tidak.

Jika anda tidak dapat mengawal motorsikal anda ketika itu, cuba elakkan dari jatuh ke sebelah kanan jalan bagi mengelakkan anda dilanggar oleh kenderaan lain. Peluang anda untuk dirawat sebagai pesakit luar di hospital berdekatan lebih cerah jika anda jatuh ke sebelah kiri bahu jalan. Tetapi, jika anda terjatuh ke sebelah kanan jalan anda tidak akan dirawat sebagai pesakit luar, malah mungkin lambat keluar dari hospital.

Lain-lain tips tentang tayar

1. Perika tayar motorsikal anda sebelum memulakan perjalanan. Pastikan cukup angin tidak terlalu keras atau lembik. Tukar tayar yang baru jika bunga tayar sudah botak.

2. Berhati-hati ketika melalui kawasan yang sedang dalam pembinaan jalan atau kawasan yang kerja-kerja penggalian lubang sedang dijalankan kerana terdapat objek-objek yang tajam di kawasan tersebut. Objek-objek tersebut boleh menyebabkan tayar motorsikal anda pancit dan bocor.

3. Gunakan tayar tubeless (tayar tanpa tiub di dalamnya). Tayar ini lebih selamat dan tahan lasak berbanding tayar-tayar biasa. Struktur dalamannya lebih kuat serta teguh & tidak memberikan impak yang besar jika ia tiba-tiba pancit. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana ketika pancit.

Anda juga boleh menampal sendiri kebocoran pada tayar jika berada dalam situasi kecemasan dengan cepat dan pantas, berbanding menukar tiub bagi tayar biasa. Jika bocor, harga bagi menampal tayar jenis ini lebih murah dari harga tiub motorsikal. Harga tayar tubeless agak mahal sedikit tetapi amat berbaloi demi keselamatan anda.

4. Biasanya tayar belakang motorsikal yang selalu pancit kerana beban yang lebih dibahagian belakang, terutama sekali jika membonceng orang dibelakang. Sebab itu saiz tayar belakang direka lebih besar berbanding tayar hadapan.



Tips kat atas tu pasti berguna untuk semua pemandu motosikal dan untuk ak jgak...

*PESANAN DARI AK.. BERHATI-HATI DIJALAN RAYA*
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT


3 Response to Kenapa Tayar Motor Bahagian Belakang Kerap Bocor

22 January 2019 at 21:09

Tips ni sgt bagus tp sy org pertama komen ye😁

Din
24 September 2020 at 17:45

Tayar kempis boleh lagi ke bawak motor tu?

jan
10 June 2023 at 06:26

emmm ok info yang bagus terbaik

Post a Comment

Komen la ye.. 1 huruf pon jdik la ekekekekeke