Friday 13 January 2012

Susahkan~

0
Merubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia

Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar lebih mudah daripada merubah tabiat seseorang

Laut diubah menjadi daratan lebih mudah daripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik

Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat sudah bertukar suasana

Suasana yang lama sudah tidak ada, suasana yang baru pula menjelma

Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun, apabila balik suasana lama sudah tidak ada

Berubah segala-galanya, dengan wajah dan suasana yang baru

Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah daripada penghuninya di kalangan manusia

Setengah orang daripada kecil kita berkawan, kemudian dipisah oleh desakan hidup selama tiga puluh tahun

Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama

Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya yang negatif masih wujud

Sedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubah

Dunia sudah menjadi cantik dan indah

Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik

Kerana itulah di zaman ada rasul, untuk mendidik manusia Tuhan datangkan rasul

Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama yang berwatak rasul

Ertinya untuk membangunkan dunia siapa sahaja boleh lakukan

Tapi untuk membangunkan insan bukan calang-calang orang untuk memimpin

Bahkan ada kalanya pemimpin itulah yang merosakkan manusia yang memang sudah rosak

Manusia pun bertambah rosak dan jahat

Kerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahat

Yang mana pemimpin itu pun tidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnya

Sedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubah

Sungguh susah hendak mengubah perangai manusia

No Response to "Susahkan~"

Post a Comment

Komen la ye.. 1 huruf pon jdik la ekekekekeke